Tarikh: 1-2 Oktober 2025 (Rabu-Khamis)
Masa: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
PPIK telah dijemput sebagai pempamer reruai jualan di Karnival Kecemerlangan Inklusif (KKI) anjuran IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras. Seramai enam ahli jawatankuasa PPIK turut serta dalam pameran ini. Kepentingan pendidikan inklusif serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pelbagai perkhidmatan sokongan untuk golongan berkeperluan khas merupakan objektif penganjuran karnival.
Sepanjang dua hari pameran, PPIK berpeluang memperkenalkan teknologi implan koklea dan Persatuan kepada pensyarah, kakitangan serta pelajar IPG Ilmu Khas. Sambutan daripada para pengunjung sangat menggalakkan, khususnya dalam memahami isu pendengaran dan teknologi implan koklea.
PPIK berharap lebih banyak acara sebegini dapat dianjurkan pada masa hadapan bagi memperluas kesedaran masyarakat terhadap isu pendengaran dan teknologi implan koklea.
Sebahagian pelajar IPG Ilmu Khas yang berkunjung ke reruai PPIK.
Pengunjung karnival berinteraksi dengan AJK PPIK.
Pengerusi persatuan, Dr. Irma, berkongsi tentang Koklea Keduaku, buku yang menceritakan perjalanan implan koklea beliau.
Pengunjung mendapatkan info dan penerangan di reruai PPIK.
Pengunjung reruai diberikan penerangan berkenaan processor implan koklea.
Sesi interaksi / perkongsian pengalaman sebagai pengguna implan koklea kepada pengunjung reruai.
Sebahagian ahli-ahli PPIK yang turut serta dalam pameran ini.