Semak dengan pejabat Perkhidmatan Pelajar (Student Support Office) untuk mengetahui sama ada terdapat sumber bantuan bagi pelajar yang mengalami kehilangan pendengaran.
Di sesetengah universiti, bantuan yang sedia ada termasuklah bekalan alat-alat FM (frequency modulation). Ini melibatkan mikrofon dipakai oleh guru dan penerima dipakai oleh pelajar. Suara guru tersebut disalurkan kepada pelajar yang memakai penerima itu.
Perkenalkan diri anda kepada pensyarah pada awal semester dan maklumkan bahawa anda menggunakan implan koklea untuk membantu pendengaran anda. Juga boleh mohon untuk duduk di bahagian hadapan kelas jika perlu.
Sama ada anda memerlukan bantuan dengan pengambilan nota kelas atau anda dengar dengan lebih baik di salah satu telinga, anda boleh bagi tahu kepada rakan sekelas. Kebanyakan masanya, mereka akan memahami dan sudi memberi bantuan yang diperlukan.
Sumber rujukan
A&A Audiology: https://aaaudiology.com/tips-for-college-students-with-hearing-loss/