Tarikh: 10 September 2025 (Rabu)
Tempat: Menara KPJ, Kuala Lumpur.
Enam ahli jawatankuasa tertinggi PPIK telah mengadakan kunjungan hormat ke atas penaung persatuan, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Lokman Saim di Menara KPJ. Lawatan ini bertujuan membincangkan hala tuju persatuan serta menemu ramah beliau mengenai sejarah, perkembangan semasa dan masa depan teknologi implan koklea.
Sesi temu ramah berlangsung selama hampir dua jam di mana Prof. Emeritus Dato’ Dr. Lokman Saim memberi perkongsian yang amat menginspirasikan melalui temu ramah tersebut, khususnya mengenai permulaan program implan koklea di negara ini. Rakaman dan artikel temu ramah bersama beliau akan dikongsikan di laman web dan media sosial PPIK selepas ini.
Sesi temu ramah sedang berlangsung.
Pengerusi PPIK (Dr. Irma) berbincang dengan Prof. Lokman berkenaan hala tuju persatuan.
Sesi temu ramah sedang berlangsung.
Cenderahati disampaikan kepada Prof. Lokman oleh Dr. Irma.
Barisan ahli jawatankuasa yang menyertai perjumpaan dengan Prof. Lokman.