Tarikh: 16 September 2025 (Selasa)
Masa: 10 pagi - 12:30 tengah hari
Tempat: Nyonya Tingkat, NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Sempena cuti Hari Malaysia, PPIK mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi Meet & Greet. Bagi kebanyakan ahli, inilah kali pertama mereka dapat berjumpa secara bersemuka. Sepanjang sesi 2 jam setengah ini, kami saling berkenalan, menjamu selera sambil berbual-bual. Sesi ini turut diserikan dengan perkongsian inspirasi daripada Pengerusi PPIK, Dr. Irma, tentang perjalanan implan koklea beliau. Kami berharap dapat menganjurkan perjumpaan seperti ini dengan lebih kerap dan melibatkan lebih ramai ahli pada masa akan datang!
Sesi memperkenalkan diri.
Sesi memperkenalkan diri.
Sesi memperkenalkan diri.
Ahli-ahli menjamu selera sambil berbual-bual.
Perkongsian inspirasi daripada Pengerusi PPIK, Dr. Irma, tentang perjalanan implan koklea beliau.
Timbalan Pengerusi, Lee Chye Hwee dan AJK Media Sosial, Yasmin Jamil.
Ahli-ahli PPIK yang hadir pada sesi Meet & Greet ini.