Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Tempat: Hospital Cyberjaya, Selangor.
Sempena sambutan Hari Audiologis Sedunia, PPIK telah dijemput untuk mengadakan pameran bersama Persatuan HEAR ME Malaysia (Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia). Program yang berlangsung di Hospital Cyberjaya ini memberi peluang kepada pelbagai pihak dalam bidang pendengaran untuk berkumpul, berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat atas usaha dan komitmen memastikan kelancaran program yang penuh bermakna ini.
Lee Chye Hwee dari PPIK memperkenalkan teknologi implan koklea kepada peserta-peserta pameran.
PPIK bergabung dengan HEAR ME untuk pameran ini.
Dr. Irma dari PPIK berkongsi pengalaman beliau sebagai pengguna implan koklea.