Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 8 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM
PPIK telah dijemput sebagai pempamer reruai di Karnival Cakna OKU anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Karnival ini diadakan bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember.
Bertemakan “Kepelbagaian Dirai, Inklusiviti Diterajui”, penganjuran karnival ini bertujuan menyediakan platform untuk memperluas pengetahuan dan meningkatkan kesedaran mengenai komuniti OKU di kalangan warga UKM serta masyarakat umum.
Selain PPIK, karnival ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pelbagai persatuan, antaranya Persatuan Jagaan Autisme CSEAT, Persatuan Dyslexia Malaysia dan Persatuan Orang Buta Malaysia. PPIK turut sama menjayakan karnival ini dan mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas inisiatif yang bermanfaat.
Majlis perasmian karnival Cakna OKU
Ahli PPIK menunjukkan replika implan koklea sambil memberi penerangan kepada YB Senator Isaiah Jacob
Puan Zulinah (berpakaian warna emas) setiausaha YB Senator Isaiah Jacob, turut mengunjungi reruai PPIK
Ahli PPIK memperkenalkan Koklea Keduaku, karya Dr. Irma Isa (pengerusi PPIK) kepada pengunjung
Penerangan cara implan koklea berfungsi kepada pengunjung reruai
Ahli PPIK sedang membantu pengunjung mengisi borang sebagai ahli bersekutu
YB Senator Isaiah Jacob mengunjungi reruai PPIK
Pengarah Karnival Cakna OKU UKM, Dr Syar Meze, memberi sijil penghargaan kepada pengerusi PPIK
Sesi interaksi kuiz implan koklea bersama pengunjung reruai
Jualan pin bertemakan isu-isu pendengaran di reruai PPIK
Sesi penerangan tentang implan koklea kepada pengunjung
Pengunjung cilik sedang menjawab kuiz implan koklea