Tarikh: 4 Disember 2025 (Khamis)
Masa: 12 tengah hari
Tempat: Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia pada 4 Disember 2025 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen Malaysia dengan tema “Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial”.
Majlis sambutan ini merupakan inisiatif YB Senator Tuan Isaiah D Jacob dan dirasmikan oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang Di-Pertua Dewan Negara. Seramai 226 komuniti OKU daripada pelbagai kategori (penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran dan sebagainya) telah dijemput sebagai tetamu termasuk 10 orang ahli PPIK.
Komuniti OKU diberi kepercayaan terlibat sebagai pengacara, pembaca doa dan membuat persembahan sepanjang majlis berlangsung. Ini menunjukkan bahawa komuniti OKU boleh menyerlah apabila diberi ruang dan peluang.
Tahniah kepada Parlimen Malaysia atas kesudian menyantuni komuniti OKU dalam majlis kali ini sekaligus mengiktiraf inklusiviti mereka sebagai kunci kemajuan sosial.
Ahli PPIK bergambar kenangan bersama YB Senator Tuan Isaiah D Jacob
Antara persembahan yang diadakan bagi meraikan tetamu
Ahli PPIK bergambar bersama salah satu pempamer reruai
Penggunaan bahasa isyarat sepanjang majlis berlangsung bagi menyantuni komuniti OKU pekak
Momen kenangan ahli PPIK di Majlis Sambutan Hari OKU Sedunia 2025