Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa: 2 pm – 5 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 6, View Meeting Room 2, Wyndham Garden i-City, Shah Alam.
Round Table Discussion anjuran Hear Me (Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia) telah menjemput wakil PPIK (Persatuan Pengguna Implan Koklea Malaysia) menghadiri satu sesi perbincangan berhubung cabaran dihadapi oleh komuniti yang menghadapi masalah pendengaran serta mencari jalan penyelesaian bersama.
Antara cabaran utama yang diketengahkan ialah :
🚧Peluang pekerjaan yang terbatas
🚧Beban kewangan
🚧Keterasingan dalam interaksi sosial
🚧Isu harga diri serta keyakinan
Sesi perbincangan antara Hear Me dan PPIK juga secara bersama merumuskan bahawa cabaran yang telah diketengahkan, dihadapi oleh semua OKU pendengaran baik mereka yang menggunakan alat bantu pendengaran biasa (Hearing Aid) atau mereka yang menggunakan implan koklea.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak Hear Me kini berjaya membuka laluan kerjasama dengan pelbagai pihak kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Sebagai kesimpulan, sesi RTD ini diharapkan dapat menjadi medan kerjasama antara pengguna Hearing Aid dan Implan Koklea bagi mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran yang dihadapi oleh semua OKU Pendengaran.
Sesi perbincangan kali ini juga diharap menjadi pemangkin momentum penglibatan aktif pengguna implan koklea dan alat bantu dengar (Hearing Aid) untuk terus melakar kejayaan dalam kehidupan dengan sokongan berterusan daripada ibu bapa serta keluarga.
En. Adly dari PPIK memperkenalkan diri di sesi perkenalan diri.
Dr. Irma, pengerusi PPIK, memperkenalkan persatuan kepada para peserta.
Para peserta dibahagikan ke kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh komuniti yang menghadapi masalah pendengaran.
Para peserta membentangkan hasil perbincangan.
Pengerusi (Pn. Maryam Sakinah Abang Abdullah) dan Timbalan Pengerusi (Dr. Mohammad Feroz) Hear Me.
Wakil-wakil PPIK: (Dari kiri ke kanan) En. Adly, Dr. Irma dan Pn. Miza.
24 peserta-peserta dari Hear Me and PPIK berbahagian di Round Table Discussion ini.
Timbalan Pengerusi PPIK (Cik Lee Chye Hwee) ditemu duga oleh Hear Me.