Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Dalam talian (Zoom)
Sempena Hari Pendengaran Sedunia 2026, PPIK buat julung kalinya telah menganjurkan webinar dengan kerjasama SI ORI Therapy menampilkan tema “Dari Komuniti ke Sekolah: Kepentingan Penjagaan Pendengaran kepada Kanak-Kanak”.
Dua pakar dalam bidang pendengaran, Dr. Yusmeera Yusof dari Andorra Women & Children Hospital dan Dr. Mohd Norazmi bin Nordin daripada Fakulti Pendidikan UKM, telah berkongsi tentang kepentingan saringan pendengaran awal serta cara menyokong kanak-kanak dengan ketidakupayaan pendengaran.
Dr. Yusmeera menekankan bahawa pengesanan awal membolehkan intervensi dilakukan dengan cepat bagi menyokong perkembangan bahasa dan pembelajaran kanak-kanak. Dr. Norazmi pula berkongsi bahawa dengan bantuan teknologi serta kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah, kanak-kanak dengan ketidakupayaan pendengaran juga mampu mencapai kejayaan dalam pembelajaran seperti rakan-rakan mereka.
Perkongsian daripada kedua-dua penceramah ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan pendengaran serta memberi manfaat kepada semua peserta.
Webinar menampilkan pengacara majlis dan jurubahasa isyarat bagi menyantuni keperluan komuniti kurang upaya pendengaran
Antara perkara yang disentuh oleh Dr. Yusmeera Yusof dari Andorra Women & Children Hospital
Sebahagian paparan kandungan topik Dr Mohd Norazmi Bin Nordin dari Fakulti Pendidikan UKM
Gambar kenangan peserta dan urusetia webinar