Implan koklea adalah alat perubatan yang direka khas untuk orang yang mengalami hilang pendengaran jenis kekal pada tahap teruk hingga ke sangat teruk (severe to profound sensorineural hearing loss) sekurang-kurangnya pada satu telinga dan tidak lagi mendapat manfaat mencukupi daripada pemakaian alat bantu pendengaran.
Berbeza dengan alat bantu pendengaran yang hanya menguatkan bunyi, implan koklea menghantar isyarat elektrik terus ke saraf pendengaran dan ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi. Proses untuk otak mengenal bunyi ini memerlukan masa, latihan, dan sokongan rehabilitasi yang berterusan (National Institute on Deafness and Other Communication Disorders, 2024).
Mikrofon & pemproses pertuturan (microphone & speech processor) – Mikrofon menangkap bunyi di sekeliling; pemproses pertuturan memilih and memproses bunyi yang ditangkap oleh mikrofon.
Pemancar & penerima (transmitter & receiver) – Pemancar dan penerima menerima isyarat daripada pemproses pertuturan dan menukarkannya kepada impuls elektrik.
Elektrod di dalam koklea (electrode inside the cochlea) – Mengumpulkan impuls elektrik daripada penerima dan menghantarnya ke saraf pendengaran.
Saraf pendengaran (auditory nerve) – Menghantar signal kepada otak.
Otak (brain) – Mentafsir corak signal tersebut sebagai pertuturan, muzik atau bunyi lain.
(National Institute on Deafness and Other Communication Disorders, 2024).
(DeBlecourt, 2022)
Implan koklea memberi peluang baharu kepada individu dengan kehilangan pendengaran tahap teruk hingga sangat teruk untuk kembali berhubung dengan individu berpendengaran normal Walaupun pengalaman mendengar dengan implan koklea tidak sama seperti pendengaran semula jadi, sokongan rehabilitasi, latihan berterusan, dan pemakaian implan koklea yang konsisten dapat membantu ramai pengguna implan koklea untuk memahami pertuturan dengan lebih baik serta meningkatkan kualiti hidup mereka.
Artikel telah disemak oleh Puan Nur`Izzati Binti Md. Yusoff, Pegawai Pemulihan Perubatan U12 (Audiologis), Fakulti Sains Kesihatan UKM.
DeBlecourt, M. (2022). Hearing Aids vs. Cochlear Implants. Retrieved from https://www.dukehealth.org/blog/hearing-aids-vs-cochlear-implants
National Institute on Deafness and Other Communication Disorders. (2024, June 13). Cochlear implants. National Institutes of Health. Retrieved September 6, 2025, from https://www.nidcd.nih.gov/health/cochlear-implants